Selasa, 3 Ogos 2010

Kenangan Mengusik Jiwa

Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang,81500 Pekan Nanas, Pontian Dalam Ingatan

Kenangan pahit dan manis bersamamu mematangkan diriku.
Rakan-rakan di SK Seri Bukit Panjang tetap dalam ingatanku terima kasih kerana sanggup bersama-sama menempuh suka dan duka.

Semoga  semua warga SK Seri Bukit Panjang terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hari Pertama Membuat Blog

Hari ini Rabu 04/08/2010 hari pertama belajar membina blog bersama-sama 20 orang guru besar daerah Batu Pahat di Makmal Komputer SK Bandar.

Rasanya agak mencabar juga, nasib anak-anak fasi baik-baik dan sabar melayan kerenahku dan kawan-kawan. Terima kasih kepada anak-anak fasi,semoga kesabaran anak-anak mendapat kerahmatan daripada Allah S.W.T.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Unit ICT PPD Batu Pahat yang mengadakan Bengkel membina blog ini. Terima kasih daun keladi.